dia berlari laju menuju ke arah katilnya .
lantas dia terus mendakap wajahnya ke arah bantal yang tersusun rapi di atas katilnya .
dia menangis semahu-mahunya .
kenapa , kenapa harus aku yang kena . apa salah aku . jeritnya di dalam hati .
dia tidak mahu ahli keluarganya tahu akan kesedihan yang dialaminya . biar lah dia seorang sahaja yang tahu .
dia masih menggenggam erat telefon bimbit kepunyaannya .
dia seakan akan tidak percaya akan mesej yang sebentar tadi dihantar oleh rakan karibnya .
seperti apa yang dijangka selama ini . dia sudah menyangka bahawa lelaki idamannya itu hanya ingin mempermainkan hatinya .
selama ini dia hanya menafikan apa yang didengar .
namun siapa dia untuk tetap bertahan .
dia pasrah akhirnya . hatinya seperti dihiris hiris oleh pisau tajam yang baru sahaja diasah .
jika memang benar hatinya bukan milik lelaki idamannya itu .
namun sekurang kurangnya tidak perlulah disakiti .
dia teringat akan lagu ' hati yang kau sakiti ' nyanyian rossa .
lagu itulah yang selalu didengar keluar dari mulut lelaki idamannya itu .
rupa rupanya lagu itu ditujukan khas untuknya .
akhirnya dia tidak dapat mengawal air matanya yang mengalir deras dari matanya .
No comments:
Post a Comment