Sunday, 22 January 2012

3 . CINTA SI DIA !

cepat cepat dia merebahkan dirinya di atas tilam yang tidak begitu empuk baginya pabila dia sampai di dorm .
dirasakan badannya sungguh penat dan letih pada hari itu .
latihan kawad kaki pada malam itu membuatkan badannya sakit sakit .
dia giat memikirkan sesuatu yang tidak sepatut difikirnya sewaktu dia ingin merehatkan dirinya di atas katil .
yea . hari ini merupakan hari jadi lelaki idamannya .
patutkah dia memilih untuk mengucapkan selamat hari jadi atau lebih memilih kepada menyepikan diri .
dia rungsing . dia takut . dia pasrah . semuannya dia fikir . 
mungkin ucapan untuk seorang sahabat cukup memadai baginya . 
hadiah telah pun diberi tanpa butir bicara yang keluar dari mulutnya .
dia kembali ke awangan lamunanya .
tiga minggu sekolah dirasakan cukup sekejap bagi dirinya .
betul kata kata yang biasa didengarnya sewaktu kecil dahulu sehingga kini . masa itu emas .
namun , bersua muka bersama lelaki idamannya itu tidak dapat dielak sejak dia kembali disekolah itu .
walaupun dia sudah tidak sama kelas lagi dan kedudukan kelas yang jauh , namun dia tetap akan bersua muka walalupun dalam keadaan yang jauh .
selagi dia bersekolah disatu bumbung , selagi itu juga dia tetap akan bersua muka .
dia semakin pelik . 
hatinya tidak akan keruan pabila tidak bertemu . namun pabila bertemu dia ingin melarikan diri .
dia seboleh boleh menidakkan hati dia untuk terus menyukai lelaki idamannya itu .
namun apakan dayanya . 
lelaki idamannya itu tetap bersama pilihan hati yang dikenali ramai dalam tingkatan tiga .
mana tidaknya . seorang gadis yang pandai , sopan santun , cantik dan juga lemah lembut .
tidak seperti dirinya . mungkin tidak lah seperti langit dan bumi .
tetapi memang jauh untuk dibandingkan dirinya dengan gadis itu .
 jam ditangannya menunjukkan hampir pukul 2 pagi .
dia mengeluh sendirian . mungkin dia seornag sahaja yang dapat mendengar keluhan dirinya memandangkan rakan rakannya yang lain sudah lena dibuai mimpi yang indah belaka .


No comments:

Post a Comment