Wednesday, 14 December 2011

1 . CINTA SI DIA !

malam dingin seperti malam ini , jari jemarinya masih sahaja ligat menekan keyboard lappy dihadapannya .
terasa hari hari semakin cepat berlalu .
kerja sekolah yang cikgu bekalkan untuk cuti sekolah pun belom disiapkannya lagi .
masih lagi kemas diletakkan di atas meja belajar .
walaupun tinggal beberapa helai sahaja lagi , tetapi dia merasakan malam ini sungguh membosankan baginya .
novel yang baru dibelinya pun sudah habis dikatamkan .
dirasakan tiada lagi cerita menarik di dalam facebook yang selalu dionline .
lolipop yang sejak tadi setia di mulutnya juga sudah habis dimakan .
dia meratapi telefon bimbitnya yang dipegang kemas ditangannya .
sudah beberapa hari dia tidak menghubungi rakan rakannya .
rakan rakannya sentiasa sibuk dengan kekasih mereka .
tetapi tidak pula bagi diri nya .
sentiasa keseorangan tanpa ditemani kekasih .
argh ! bentak hatinya . 
mana ada lelaki yang mahukan diriku yang tidak cantik seperti perempuan lain .
mereka hanya ingin mengutuk diriku .
dia berkata di dalam hati tanpa didengari oleh sesiapa pun .
hatinya sudah merasa bahagia bersama keluarganya dan juga rakan rakannya .
walaupun begitu , kadang kadang timbul juga perasaan cemburu dihatinya apabila melihat rakan rakannya yang bahagia .
teringin juga dirinya ingin dicintai .
malangnya lelaki yang selama ini menjadi idamannya telah menolak hatinya mentah mentah dengan alasan dia sudah menyukai perempuan lain .
dia tahu dirinya tidak sempurna dimata orang lain .
walaupun lelaki idamannya itu hanya menginginkan hubungan sebagai kawan sahaja , tetapi hatinya begitu terasa sekali .
dia tetap menyimpan perasaan cinta terhadap lelaki itu di dalam hatinya walaupun mulutnya sudah dikatakan benci terhadap lelaki itu .


No comments:

Post a Comment